Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia

Syafril, Syafrimen and Amir, Ruslin and Mohd. Ishak, Noriah (2004) Profil Kecerdasan Emosi Guru-guru Sekolah Menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Institut Agama Islam Negeri Raden Intan Lampung.

[thumbnail of Profil_Kecerdasan_Emosi_Guru-guru_Sekola.pdf]
Preview
PDF
Download (290kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat profil kecerdasan emosi (EQ) guru-guru sekolah menengah Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Seramai 174 orang guru yang berkhidmat di sebelas buah sekolah menengah telah dipilih sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan menggunakan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM)/Malaysian Emotional Quoetient Inventory (MEQI) oleh Noriah Mohd Ishak et al (2003). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 11.5 dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, graf profil bagi guru-guru di kawasan Zon Tengah dan graf profil bagi guru-guru mengikut negeri didapati mempunyai skor min yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan, namun rendah pada domain kemahiran sosial. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) antara guru-guru di Malaysia dengan profil kecerdasan emosi guru-guru di kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perbezaan profil kecerdasan emosi (EQ) berdasarkan faktor jantina dan faktor umur.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects:
Divisions: Fakultas Tarbiyah dan Keguruan > Pendidikan Islam Anak Usia Dini
Depositing User: Syafrimen Syafril
Date Deposited: 21 Feb 2017 09:31
Last Modified: 21 Feb 2017 09:31
URI: http://repository.radenintan.ac.id/id/eprint/125

Actions (login required)

View Item View Item